Wednesday, April 30, 2008

http://www.poodwaddle.com/worldclock.swf

Tuesday, April 29, 2008

OUR HISTORY

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) diberi nama sebagai mengenangkan jasa Allahyarham Othman Bin Talib yang bertugas sebagai Penggawa Daerah Kubang Sepat dan juga Imam Mukim Tendong.Ianya mula diasaskan oleh beliau bersama-sama Allahyarham Encik Mahmood Bin Isa pada tahun 1921 dengan menggunakan Surau Mukim Kepala Pasir sebagai tempat belajar yang pertama.
Setelah beberapa tahun digunakan,surau tersebut telah dilanda banjir besar.Kemudian Allahyarham Othman Bin Talib telah memberikan sebidang tanah milik beliau untuk mendirikan sekolah yang baru daripada buluh.
Daripada hasil usaha gigih Allahyarham Othman Bin Talib mengumpul derma orang ramai dengan bantuan rakan-rakannya ,maka dapatlah beliau membeli sebidang tanah penduduk kampung seluas lebih kurang 5 ekar untuk dijadikan tapak sekolah kekal yang baru mulai tahun 1937 hingga sekarang.
Pada mulanya sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Tendong dengan bilangan murid seramai 100 orang dan dibahagikan kepada 3 kelas. Pada tahun 1934 barulah kelas 4 diperkenalkan.
Pada tahun 1950 sekolah ini dipecahkan kepada dua buah sekolah berasingan yang diberi nama Sekolah Lelaki Tendong dan Sekolah Perempuan Tendong. Manakala pada tahun 1969 kedua-dua sekolah tersebut telah dicantumkan semula dan diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Tendong. Pada tahun 1971 sebuah bangunan baru dua tingkat telah dirikan bagi menampung murid yang bertambah ramai.
Tanggal 22 Februari 1977, Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Dr.Mahathir Bin Mohamad telah diberi penghormatan merasmikan bangunan baru sekolah tersebut dan beliau telah menukar kepada nama baru pula iaitu Sekolah Kebangsaan Othman Talib,Tendong sebagai mengenang jasa Allahyarham Othman Bin Talib pengasas sekolah ini.
Memandangkan bilangan murid yang begitu ramai,maka Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan telah memutuskan supaya sekolah ini dipecahkan kepada dua dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) dan Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2) hinggalah pada masa ini.

YOU ARE WELCOME

SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB (1)
TENDONG, 17030 PASIR MAS KELANTAN.
Tel : 09-7198119



ASSALAMUALAIKUM,

Guru-guru dan kakitangan sekolah sekaian,

Syukur kita ke hadrat Allah kerana dapat bertemu kembali dalam sesi
pengajian tahun 2008.

Di kala kita bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan di Alaf Baru, kita
tidak harus lupa sumbangan dan kerja buat kita di tahun-tahun yang lepas.
Samaada kita sedar atau tidak yang pasti setiap kerja itu diberi penilaian oleh
Allah SWT.

Di sini saya ingin menggucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas
segala kerjasama dan kesungguhan para guru serta kakitangan juga menjadi
harapan saya agar ini dapat diteruskan demi kejayaan Warga SKOTI.


"TIADA HASIL KECUALI PENINGKATAN"
"SKOTI CEMERLANG 2008"

Sekian. Terima kasih.





HJ HARUN BIN KADIR
GURU BESAR
SK OTHMAN TALIB 1, TENDONG,
17030 PASIR MAS KELANTAN.